DUNIA > BERITA

KERAJAAN SEMENTARA BANGLADESH AKAN ADAKAN DIALOG DENGAN PARTI UTAMA MENGENAI REFORMASI

03/10/2024 08:05 PM

DHAKA, 3 Okt (Bernama-Xinhua) -- Kerajaan sementara Bangladesh akan mengadakan dialog mengenai reformasi bersama parti politik utama pada Sabtu, lapor Xinhua.

Shafiqul Alam, Setiausaha Akhbar kepada Penasihat Utama negara, memberitahu pemberita pada sidang media di sini pada Rabu bahawa Penasihat Utama Muhammad Yunus dan penasihat lain akan mengambil bahagian dalam dialog itu.

Beliau berkata, objektif utama dialog itu adalah untuk memaklumkan parti politik utama mengenai kemajuan kerja enam suruhanjaya reformasi, membincangkan keadaan undang-undang dan ketenteraman negara, serta mendapatkan cadangan mereka.

Dalam ucapannya kepada rakyat pada 11 Sept, Yunus mengumumkan penubuhan enam suruhanjaya bagi reformasi dalam sistem pilihan raya, polis, kehakiman, pentadbiran awam, perlembagaan, dan Suruhanjaya Antirasuah.

Yunus telah menyatakan tekadnya untuk melakukan reformasi dengan segera dan mengadakan pilihan raya selepas itu.

Beliau mengangkat sumpah sebagai ketua kerajaan sementara negara pada 8 Ogos.

-- BERNAMA-XINHUA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan