DUNIA > BERITA

ISRAEL LANCAR SERANGAN BAHARU KE ATAS LUBNAN, SASAR INFRASTRUKTUR PENTING

04/10/2024 07:32 PM

BEIRUT, 4 Okt (Bernama-WAFA) -- Pasukan Israel meneruskan pencerobohan mereka terhadap Lubnan awal Jumaat, menyerang daerah selatan Beirut dan pelbagai wilayah di seluruh negara, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Laporan menunjukkan sejumlah besar korban dan kerosakan yang meluas pada bangunan, kemudahan dan infrastruktur kritikal akibat serangan udara Israel yang terbaru.

Menurut sumber tempatan dan media, pesawat tempur dan artileri Israel melancarkan serangan ke atas beberapa bandar, termasuk Khiam, Bint Jbeil, Tora, Al-Tiri, Kfar Kila, Khirbet Selim, Al-Labouna, Al-Alam, Tayr Harfa, Adaisseh, Auta al-Shaab, Dhayra, Al-Bustan, Majdel Zoun, Shaqra, Al-Majadel, dan Aytit di selatan Lubnan.

Selain itu, serangan udara turut menyasarkan kawasan Masnaa di sepanjang sempadan Lubnan-Syria, sekali gus memutuskan laluan utama antarabangsa.

Serangan juga terkena bandar Baalbek dan beberapa bandar di Lembah Bekaa di timur Lubnan, termasuk Bouday, Shmestar, Taria, dan Ali Al-Nahri.

-- BERNAMA-WAFA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan