NEW DELHI, 6 Dis (Bernama) -- Pihak kastam India berjaya menggagalkan cubaan seludup lebih 5,000 kura-kura telinga merah dari Malaysia di Lapangan Terbang Chennai.
Dua penumpang yang tiba dari Kuala Lumpur ditahan, bersama individu yang menanti untuk menerima kargo berkenaan pada Selasa.
Pihak berkuasa memulangkan semula 5,193 kura-kura yang dirampas ke Malaysia pada hari yang sama, menurut Jabatan Kastam Chennai pada Khamis.
Lapangan Terbang Chennai sebelum ini pernah mencatat banyak rampasan spesies hidupan liar yang jarang ditemui.
Permintaan bagi pasaran haiwan peliharaan di India mendorong perdagangan hidupan liar secara haram dari Asia Tenggara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial