DUNIA > BERITA

MENGHAYATI WARISAN BUDAYA TIDAK KETARA JADI TUMPUAN PELANCONG SEMASA PERAYAAN TBC 2025

31/01/2025 01:00 PM

BEIJING, 31 Jan (Bernama-CMG) -- Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 adalah yang pertama sejak perayaan itu disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara oleh UNESCO.

Oleh itu, menghayati budaya tradisional dan adat resam di pelbagai tempat menjadi cara pelancongan yang amat popular bagi rakyat China semasa perayaan TBC ini. Pertunjukan adat resam, budaya dan kemahiran membuat kraf tangan yang diadakan di serata tempat mendapat sambutan baik.

Sebanyak lebih 5,600 aktiviti bertemakan kebudayaan dan pelancongan diadakan di seluruh bandar raya Beijing. Pihak penganjur juga mengedarkan peta warisan budaya tidak ketara dan karnival TBC untuk membolehkan penduduk tempatan dan pelancong lebih mengenali warisan budaya tidak ketara di ibu kota itu.

Di bandar bersejarah Suzhou, juga mengundang pewaris bagi lebih 200 warisan budaya tidak ketara dari seluruh negara untuk membuat pertunjukan teknik untuk pelancong.

Selain itu, pelbagai dasar yang diperkenalkan kerajaan China termasuk transit tanpa visa dan pengecualian visa juga memudahkan pelancong asing untuk datang ke negara Tembok Besar ini untuk meraikan TBC dan menghayati pesona warisan budaya tidak ketara.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan