ISTANBUL, 21 Mac (Bernama-Anadolu) -- Lapangan Terbang Heathrow di United Kingdom terpaksa ditutup selepas kebakaran berlaku di sebuah stesen janakuasa elektrik yang membekalkan tenaga ke kemudahan itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam kenyataan di platform X, pihak pengurusan Heathrow memaklumkan bahawa penutupan akan dikuat kuasa sehingga 11.59 malam (waktu tempatan) 21 Mac demi memastikan keselamatan penumpang dan kakitangan.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak ke lapangan terbang dan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk maklumat lanjut.
"Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku," menurut kenyataan itu.
Heathrow adalah antara lapangan terbang paling sibuk di dunia, mengendalikan berjuta-juta penumpang setiap tahun.
Penutupan itu dijangka menyebabkan gangguan besar terhadap jadual penerbangan serta perjalanan penumpang.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial