GENEVA, 21 Mac (Bernama-CMG) -- Duta China menekankan pentingnya mengamalkan multilateralisme jitu serta memperkasakan hak asasi manusia menerusi pembangunan dan kerjasama.
Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Chen Xu berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan bersama mewakili Kumpulan Rakan bagi Pemerkasaan dan Perlindungan Hak Asasi melalui Dialog dan Kerjasama sempena sesi ke-58 Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Khamis.
Chen berkata semua negara perlu mempertahankan sistem antarabangsa berteraskan PBB dan norma asas hubungan antarabangsa berlandaskan Piagam PBB, serta berganding bahu menghadapi pelbagai cabaran global.
Beliau membentangkan beberapa syor mengenai usaha memajukan perjuangan hak asasi di peringkat global, antaranya menegakkan keadilan, menentang tindakan mencampuri urusan dalaman atau membendung pembangunan negara lain dengan bertopengkan 'hak asasi', menolak amalan hegemoni dan dwistandard serta politik kuasa.
Sementara itu, adalah perlu untuk menjunjung keterbukaan dan keterangkuman, menghargai kepelbagaian tamadun dan menghormati jalan pembangunan hak asasi negara lain.
Semua negara juga hendaklah mengekalkan kerjasama yang saling menguntungkan, di samping melakukan dialog konstruktif berasaskan prinsip sama rata dan saling hormat.
Kenyataan bersama itu melibatkan lebih 20 negara termasuk Rusia, Cuba, Eritrea dan Singapura sekali gus mendapat sahutan positif daripada negara membangun.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial