ROM, 23 Mac (Bernama-dpa) -- Paus Francis akan dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad selepas lebih lima minggu menerima rawatan, menurut doktor.
Beliau kemudiannya akan meneruskan rawatan perubatan di kediamannya di Vatican, lapor agensi berita Jerman dpa.
Pemimpin Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah dirawat di Hospital Gemelli, Rom sejak 14 Feb akibat pneumonia.
Sehingga kini, Vatican hanya mengeluarkan satu foto rasmi yang menunjukkan beliau duduk di dalam sebuah capel hospital, yang diterbitkan seminggu lalu.
Kebimbangan terhadap kesihatan Paus Francis meningkat, terutama selepas ujian menunjukkan fungsi buah pinggangnya semakin merosot serta pendedahan mengenai beberapa serangan sesak nafas.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial