BERITA TERGEMPAR | Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 rakam ucapan takziah kepada Myanmar, Thailand dan rakyatnya susulan gempa bumi yang melanda rantau ini pada Jumaat | Malaysia as ASEAN Chair 2025 extends deepest condolences to Myanmar, Thailand and their people following the deadly quake that hit the region on Friday | |
WASHINGTON, 27 Mac (Bernama-dpa) -- Presiden Donald Trump mengumumkan tarif 25 peratus ke atas kereta yang diimport ke Amerika Syarikat dalam usaha merangsang industri automotif domestik, lapor agensi berita Jerman, dpa.
"Langkah ini akan terus merancakkan pertumbuhan seperti yang belum pernah anda saksikan sebelum ini," katanya dalam pengumuman dari Pejabat Oval pada Rabu.
Tarif 25 peratus itu akan berkuat kuasa pada 2 April dan dikenakan ke atas semua kereta yang tidak dibuat di AS, bermakna pengeluar AS dengan model yang dihasilkan di luar negara turut terjejas di bawah skim berkenaan.
Tarif itu merupakan antara siri levi terbaharu yang dikenakan presiden AS sejak memegang jawatan. Setakat ini, Trump telah mengenakan tarif 20 peratus ke atas semua import dari China serta tarif global 25 peratus ke atas produk keluli dan aluminium yang diimport.
Pada Februari, Trump mengumumkan tarif menyeluruh 25 peratus ke atas semua import dari Kanada dan Mexico. Namun, beliau kemudiannya menangguhkan levi itu ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu yang mematuhi Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA).
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial