GENEVA, 8 April (Bernama-dpa) -- Kanada memulakan pertikaian dengan Amerika Syarikat di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung tarif AS ke atas kereta dan alat ganti automobil, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut WTO pada Isnin, Ottawa meminta rundingan dengan AS, satu langkah yang biasanya membawa kepada prosiding timbang tara.
Di bawah peraturan WTO, penimbang tara akan memutuskan sama ada langkah itu wajar atau tidak.
Langkah Kanada itu dibuat selepas pelaksanaan tarif AS sebanyak 25 peratus ke atas import kereta berkuat kuasa pada 2 April.
Bagaimanapun, WTO kini berdepan krisis fungsi kerana AS menyekat pelantikan hakim rayuan baharu selama beberapa tahun.
Ini bermakna tiada keputusan boleh dibuat jika negara merayu terhadap keputusan penimbang tara WTO.
AS juga gagal membayar sumbangannya kepada organisasi yang berpangkalan di Geneva itu, di tengah-tengah khabar angin bahawa pentadbiran Presiden AS Donald Trump bercadang untuk menarik diri daripada badan itu.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial