WASHINGTON, 17 April (Bernama-dpa) -- Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell memberi amaran dasar tarif agresif Presiden Donald Trump berkemungkinan mendorong peningkatan inflasi serta memperlahankan pertumbuhan ekonomi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Tahap kenaikan tarif yang diumumkan setakat ini adalah jauh lebih besar daripada jangkaan. Perkara yang sama mungkin berlaku dalam kesan ekonomi, termasuk peningkatan inflasi dan pertumbuhan yang lebih perlahan.” katanya dalam satu acara di Chicago pada Rabu.
Walaupun lonjakan inflasi itu mungkin bersifat sementara, Powell mengingatkan bahawa ia boleh menjadi lebih berterusan bergantung kepada perkembangan situasi.
Kenyataan Powell itu selari dengan amaran yang dibuat ahli lembaga Rizab Persekutuan Christopher Waller, awal minggu ini yang turut menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan kerosakan kepada ekonomi AS akibat dasar perdagangan berkenaan.
Kadar faedah dijangka tidak berubah pada Mei.
Keputusan kadar faedah seterusnya akan diumumkan pada bulan Mei. Walaupun Trump terus mendesak supaya kadar itu diturunkan, penganalisis secara umumnya menjangkakan Rizab Persekutuan akan mengekalkan kadar penanda aras semasa.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial