ISTANBUL, 21 April (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad berkata pemimpin dunia dan tokoh korporat telah menghubungi beliau susulan pengumuman tarif baharu oleh pentadbirannya, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump menyatakan bahawa pengisytiharan “Liberation Day” pada 2 April lalu – yang memperkenalkan tarif timbal balik – menarik perhatian kerajaan dan syarikat asing.
“Bagus apabila dunia tahu kita benar-benar serius,” katanya.
Trump mendakwa respons terbabit merupakan reaksi terhadap apa yang disifatkannya sebagai ketidakseimbangan perdagangan dan amalan tidak adil selama bertahun-tahun.
“Mereka perlu membetulkan ketidakadilan hasil penyalahgunaan selama beberapa dekad, tetapi ia bukan sesuatu yang mudah buat mereka.
“Kita mesti bina semula kekayaan negara kita yang hebat dan wujudkan timbal balik sebenar,” katanya.
Trump memperkenalkan beberapa dasar tarif baharu dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Bagaimanapun, kenyataan beliau yang sering berubah menimbulkan kebimbangan terhadap potensi ketidaktentuan ekonomi global.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial