DUNIA > BERITA

CHINA BANTAH SEBARANG URUSAN JEJASKAN KEPENTINGAN CHINA: MOFCOM

21/04/2025 02:32 PM

BEIJING, 21 April (Bernama-CMG) -- Jurucakap Kementerian Perdagangan China (MOFCOM) menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif timbal balik ke atas semua rakan dagangnya baru-baru ini selain memaksa negara-negara itu berunding, tindakan yang disifatkan sebagai hegemoni dan buli unilateral dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

"Dasar beralah tidak akan membawa keamanan, manakala tindakan kompromi juga tidak akan mengundang penghormatan.

"Apa yang disebut sebagai 'timbal balik' oleh AS sebenarnya adalah tindakan ugutan ekonomi yang berfikiran sempit, unilateral dan hanya mementingkan diri," kata jurucakap MOFCOM.

Jurucakap itu berkata China menghormati semua pihak menyelesaikan pertikaian ekonomi dan perdagangan dengan AS melalui rundingan yang adil.

Bagaimanapun, China berpandangan semua pihak perlu menyokong kebenaran dan keadilan, mempertahankan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa serta sistem perdagangan pelbagai hala.

"China dengan tegas menentang mana-mana pihak mencapai perjanjian dengan mengorbankan kepentingan negara China.

"Sekiranya muncul keadaan sedemikian, China tidak akan menerima dan akan dengan tegas mengambil tindakan balas sewajarnya.

"Kami bertekad dan mampu melindungi hak dan kepentingan diri," tambah beliau.

-- BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan