DUNIA > BERITA

BARANG BANTUAN KECEMASAN KUMPULAN KE-8 DARI CHINA TIBA DI MYANMAR

23/04/2025 03:20 PM

YANGON, 23 April (Bernama-CMG) -- Barangan bantuan kemanusiaan kecemasan kumpulan ke-8 yang disalurkan kerajaan China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar, pada Selasa.

Barang bantuan kumpulan ini merangkumi 24,600 plak dan 132,000 skru penstabil tulang, 30 unit pek kit peralatan bedah, sejuta botol Penicillin sodium, 400,000 botol pil metronidazole, 90,000 kotak kapsul Cephradine, 300 kotak steril perubatan dan lain-lain.

Sejak Myanmar dilanda gempa bumi bermagnitud 7.9 pada 28 Mac, kerajaan China dengan serta-merta mengumumkan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan, dan menghantar pasukan penyelamat ke negara itu.

Setakat ini, gempa bumi itu mengorbankan 3,757 orang di Myanmar.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan