NEW DELHI, 7 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad pada Rabu menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak melakukan perjalanan tidak penting ke Pakistan susulan ketegangan ketenteraan di Asia Selatan.
Suruhanjaya itu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi keadaan semasa di Pakistan susulan serangan peluru berpandu oleh India ke atas Wilayah Pakistan dan Kashmir yang ditadbir Pakistan pada awal Rabu.
“Suruhanjaya Tinggi sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut serta memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara ini. Rakyat Malaysia di kawasan terjejas juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta arahan terkini daripada pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.
“Sehubungan itu, rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke Pakistan,” katanya lagi.
Ketegangan antara India dan Pakistan yang meningkat sejak bulan lepas memuncak pada awal Rabu susulan laporan mengenai serangan udara rentas sempadan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial