DUNIA > BERITA

JEMAAH MALAYSIA PUJI INISIATIF MAKKAH ROUTE ARAB SAUDI

08/05/2025 08:14 AM

RIYADH, 8 Mei (Bernama-SPA) -- Jemaah haji Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci memuji Inisiatif "Makkah Route" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atas kelancaran dan kecekapan perkhidmatan yang disediakan, sekali gus memudahkan urusan pra-pelepasan mereka.

Inisiatif berkenaan turut merangkumi proses penerimaan, penyempurnaan prosedur perjalanan dan kelancaran transit ke tanah suci, lapor Agensi Berita Saudi (SPA) pada Rabu.

Para jemaah juga menzahirkan penghargaan terhadap Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, serta Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri, Mohammed bin Salman atas pelancaran dan sokongan terhadap inisiatif berkenaan.

Mereka berkata bahawa inisiatif itu telah menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi serta membantu mempercepat dan menyusun atur kemasukan mereka ke Kerajaan Arab Saudi.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan