SYDNEY, 30 Sept (Bernama-CMG) -- Dalam majlis perasmian International Astronautical Congress (IAC) ke-76 di sini pada Isnin, misi Chang'e-6 China menerima Anugerah Angkasa Dunia 2025 bagi kategori berpasukan dari The International Astronautical Federation (IAF).
Anugerah berprestij itu dianggap antara penghormatan tertinggi dalam bidang angkasa lepas di peringkat antarabangsa.
Prob Penyelidikan Chang’e-6 dilancarkan oleh Roket pembawa Long March-5 Y8 dari Wenchang, China pada 3 Mei 2024.
Ia berjaya membawa pulang 1,935.3 gram sampel dari sisi jauh Bulan dan berjaya kembali ke Bumi pada 25 Jun. Ini merupakan kejayaan pertama bagi umat manusia memperoleh sampel dari sisi jauh Bulan.
Untuk rekod, Anugerah Angkasa Dunia tajaan IAF bertujuan memberi penghormatan tertinggi kepada individu atau pasukan yang pernah memberikan sumbangan signifikan dalam bidang sains, teknologi dan pengurusan kejuruteraan angkasa lepas di peringkat global.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial