DUNIA > BERITA

KEDUTAAN AS DI KL HENTIKAN KEMASKINI FACEBOOK BUAT SEMENTARA

01/10/2025 05:55 PM

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur mengumumkan laman rasmi Facebooknya tidak akan dikemas kini secara berkala susulan penggantungan peruntukan atau “lapse in appropriations” yang menjejaskan operasi kerajaan.

Dalam hantaran di Facebook pada Rabu, kedutaan memaklumkan hanya maklumat keselamatan dan situasi kecemasan penting akan dimuat naik sepanjang tempoh berkenaan.

“Kami tidak akan mengemas kini akaun ini sehingga operasi penuh disambung semula, kecuali bagi maklumat penting berkaitan keselamatan dan kecemasan,” menurut kenyataan itu.

Kedutaan turut menjelaskan bahawa buat masa ini, perkhidmatan pasport dan visa yang dijadualkan di Amerika Syarikat serta di semua Kedutaan dan Konsulat AS di luar negara akan diteruskan sepanjang tempoh berkenaan, bergantung kepada keadaan semasa.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan status operasi melalui laman sesawang travel.state.gov.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan