KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pameran Makanan Malaysia 2025 (MFF) yang berlangsung baru-baru ini di The Hague penting dalam mempromosikan kepelbagaian budaya Malaysia di Belanda, kata Duta Besar Malaysia ke Belanda Datuk Roseli Abdul.
“Program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan diaspora Malaysia di negara ini,” katanya ketika merasmikan acara berkenaan pada 28 Sept, menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Belanda, Khamis.
Menurut kenyataan itu, kira-kira 700 tetamu termasuk rakyat Malaysia dan warga asing hadir ke kedutaan bagi meraikan warisan kulinari Malaysia melalui pameran berkenaan.
MFF, yang dianjurkan bersama Kedutaan Malaysia dan PERWAKILAN The Hague, merupakan acara tahunan bagi memperkenalkan budaya Malaysia di Belanda.
Para pengunjung ditawarkan pelbagai juadah Malaysia di 10 gerai, termasuk nasi lemak, air batu campur (ABC), kuih nyonya, roti canai, yong tau foo, rotiboy, soto, mee bandung dan sate.
Tetamu turut menyertai pelbagai aktiviti sampingan termasuk pertandingan silat.
Kejayaan MFF2025 didukung oleh sokongan para tetamu, peniaga, Pejabat Kaunselor Pertanian, MATRADE serta Tourism Malaysia di The Hague, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial