WASHINGTON, 9 Okt (Bernama-Anadolu) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Rabu menyambut baik pengumuman mengenai perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tawanan di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Saya mengalu-alukan pengumuman mengenai perjanjian bagi melaksanakan gencatan senjata dan pembebasan tawanan di Gaza, berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS),” kata Guterres menerusi platform X.
Kenyataan beliau dibuat sejurus selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa Israel dan kumpulan Palestin Hamas mempersetujui fasa pertama pelan damai Gaza yang diusulkan oleh AS.
“Saya memuji usaha diplomatik Amerika Syarikat, Qatar, Mesir dan Turkiye dalam menjadi pengantara kepada kejayaan yang amat diperlukan ini.
“Saya menggesa semua pihak yang terlibat supaya mematuhi sepenuhnya syarat-syarat perjanjian tersebut,” kata Guterres.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial