DUNIA > BERITA

PRESIDEN BRAZIL, AS BERSETUJU CARI PENYELESAIAN ISU TARIF - LULA DA SILVA

27/10/2025 09:13 AM

BUENOS AIRES, 27 Okt (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Delegasi Brazil dan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan rundingan segera bagi mencari penyelesaian kepada isu tarif, kata Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva selepas pertemuannya dengan Presiden AS Donald Trump.

“Saya mengadakan pertemuan yang sangat baik dengan Presiden Trump pada petang Ahad di Malaysia,” tulis Lula da Silva di platform X, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.

Beliau berkata kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan secara terus terang dan membina mengenai agenda perdagangan dan ekonomi dua hala.

“Kami bersetuju untuk mengadakan pertemuan segera antara pasukan kami bagi mencari penyelesaian terhadap isu tarif dan sekatan terhadap pihak berkuasa Brazil,” kata pemimpin Brazil itu.

Pada awal Oktober, kedua-dua presiden mengadakan perbualan telefon yang menandakan pemulihan semula dialog di tengah-tengah ketegangan hubungan berikutan pengenaan tarif ke atas produk Brazil dan sekatan terhadap pegawai Brazil. Kedua-dua pemimpin kemudian bersetuju untuk bertemu secara bersemuka dalam masa terdekat.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan