DUNIA > BERITA

CMG LANCAR FORUM MEDIA ‘TADBIR URUS GLOBAL, TINDAKAN BELIA’ DI JOHANNESBURG

13/11/2025 04:00 PM

JOHANNESBURG, 13 Nov (Bernama-CMG) -- Forum media ‘Tadbir Urus Global, Tindakan Belia’ anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung di Johannesburg, Afrika Selatan pada Selasa.

Dalam ucapan bertulis, Presiden CMG Shen Haixiong berkata pihaknya akan memanfaatkan kelebihan rangkaian penyiaran antarabangsa yang merangkumi 85 bahasa, platform Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) serta 192 stesen luar negara bagi mengetengahkan kisah belia dari seluruh dunia yang bersama-sama melangkah ke hadapan.

Beliau juga berkata bahawa usaha itu dapat membantu golongan muda di peringkat global memperkukuh persefahaman, membina konsensus melalui pertukaran idea yang mendalam serta berkongsi peluang pembangunan.

Sementara itu, bekas Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AUC) Nkosazana Dlamini-Zuma menegaskan bahawa golongan belia merupakan pemangkin kepada inovasi dan kemajuan.

Beliau berkata hanya melalui usaha membangunkan pendidikan, mendorong revolusi teknologi serta memperkasa kerjasama antarabangsa dapat memastikan belia menjadi peserta dan penerima manfaat dalam tadbir urus serta pembangunan global.

Dalam sesi interaksi, para peserta turut membincangkan pelbagai topik secara mendalam termasuk peranan belia dalam tadbir urus global, pemerkasaan kerjasama China-Afrika dipacu inovasi digital ke arah pemodenan, serta keusahawanan belia China-Afrika dan agenda pembangunan mampan.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan