SEOUL, 24 Nov (Bernama-Yonhap) -- Eksport kimchi Korea Selatan dijangka mencecah paras tertinggi sepanjang masa tahun ini berikutan peningkatan permintaan global terhadap makanan Korea, menurut data kastam pada Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.
Jualan kimchi ke pasaran luar negara mencecah US$137.39 juta dalam tempoh 10 bulan pertama 2025, meningkat dua peratus berbanding US$134.67 juta yang dicatat pada tempoh sama tahun lalu, menurut data Perkhidmatan Kastam Korea.
Import kimchi turut meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun kepada US$159.46 juta daripada AS$154.59 juta dalam tempoh 10 bulan itu.
Pada kadar semasa, eksport sepanjang tahun dijangka mengatasi rekod terdahulu US$163.57 juta yang dicatat pada 2024, disokong minat global yang berterusan terhadap masakan Korea.
Jepun kekal sebagai pembeli terbesar kimchi Korea, mengimport US$47.55 juta dari Januari hingga Oktober, meningkat 4.4 peratus berbanding setahun lalu.
Eksport ke Amerika Syarikat pula susut 5.8 peratus tahun ke tahun kepada US$36.01 juta, manakala penghantaran ke Belanda menurun 3.3 peratus kepada US$7.97 juta.
-- BERNAMA-YONHAP
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial