DUNIA > BERITA

TSUNAMI 40 CM DIKESAN DI AOMORI, HOKKAIDO SELEPAS GEMPA BUMI 7.6 MAGNITUD LANDA JEPUN

09/12/2025 12:35 AM

TOKYO, 8 Dis (Bernama-Xinhua) -- Gempa bumi dengan magnitud awal 7.6 melanda timur laut Jepun lewat malam Isnin, dengan ombak tsunami setinggi 40 sentimeter (cm) direkodkan di kawasan sepanjang pantai Pasifik, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Xinhua.

Gempa bumi itu berlaku pada 11.15 malam waktu tempatan pada kedalaman 50 kilometer, dan mencatatkan intensiti 6 atas pada skala seismik Jepun yang berjumlah tujuh di kawasan paling teruk terjejas, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Agensi itu telah mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan pantai di wilayah Hokkaido, Aomori dan Iwate, dengan ombak dijangka mencapai ketinggian tiga meter.

Gelombang tsunami setinggi 40 cm telah dikesan di luar pesisir wilayah Aomori dan Hokkaido, kata JMA.

Tiada keabnormalan dikesan di loji nuklear Fukushima, Higashidori dan Onagawa, lapor penyiar awam NHK.

Nasihat tsunami turut dikeluarkan untuk wilayah Miyagi dan Fukushima susulan gempa kuat itu, menurut JMA.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan