DUNIA > BERITA

CHATGPT CATAT PERTUMBUHAN PENGGUNA TERBESAR APLIKASI TELEFON PINTAR DI KOREA SELATAN

10/12/2025 02:43 PM

SEOUL, 10 Dis (Bernama-Yonhap) -- ChatGPT, platform kecerdasan buatan generatif (AI) oleh OpenAI, mencatat kadar peningkatan pengguna aplikasi telefon pintar paling tinggi berbanding aplikasi lain di Korea Selatan tahun ini, demikian menurut satu tinjauan pada Rabu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Jumlah pengguna aplikasi ChatGPT meningkat 196.6 peratus pada November berbanding Januari, menjadikan ia aplikasi dengan peningkatan paling ketara, menurut tinjauan sampel yang dijalankan oleh penyelidik industri Wiseapp Retail melibatkan empat juta pengguna telefon pintar di Korea

Daiso Mall, gedung dalam talian bagi kedai diskaun popular Daiso, berada di tempat kedua dengan kadar pertumbuhan 31.9 peratus, diikuti peruncit kecantikan Olive Young dengan 30.8 peratus dan Monino, aplikasi perkhidmatan pengurusan aset untuk pengguna syarikat kewangan Kumpulan Samsung, dengan 28.1 peratus.

ChatGPT juga menjadi aplikasi telefon pintar paling banyak digunakan dalam tempoh yang sama, mencatat purata bulanan 16.7 juta pengguna, diikuti Kakao Pay dengan 9.1 juta dan Olive Young dengan 8.6 juta.

--BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan