MOSCOW, 14 Dis (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Rusia akan memulakan persiapan untuk melancarkan satelit penyelidikan Bion-M No. 3 pada 2026, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik kenyataan perbadanan angkasa lepas negara Rusia, Roscosmos pada Ahad.
“Persiapan untuk pelancaran Bion-M No. 3 akan bermula pada 2026. Tujuan pelancaran adalah untuk mengkaji faktor penerbangan angkasa dalam keadaan pendedahan radiasi yang lebih tinggi,” kata Roscosmos di Telegram.
Bion-M No. 3 akan diletakkan ke orbit lebih tinggi berbanding pendahulunya, Bion-M No. 2, pada ketinggian kira-kira 800 kilometer (497 batu) dengan kecondongan orbit yang sama sekitar 97 darjah, kata Roscosmos.
Bion-M No. 2 membawa 75 ekor tikus dan 1,500 ekor lalat Drosophila ke orbit pada Ogos lepas untuk menguji kesan biologi persekitaran angkasa di orbit latitud tinggi, kerana ia mempunyai lebih banyak radiasi kosmik dan keadaan geomagnetik berbanding orbit tradisional dengan kecondongan antara 50 hingga 60 darjah.
--BERNAMA-SPUTNIK
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial