MOSCOW, 3 Jan (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Sebuah helikopter terhempas di kawasan pergunungan berhampiran Phoenix di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS), dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, menurut pihak berkuasa AS, lapor Sputnik RIA Novosti.
Helikopter persendirian itu terhempas kira-kira 11 pagi waktu tempatan pada Jumaat, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS seperti dipetik oleh ABC News.
FAA yang menjalankan siasatan bersama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), memaklumkan terdapat empat individu berada di dalam helikopter berkenaan.
Pejabat Syerif Daerah Pinal, juga dipetik oleh ABC News, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan dan pasukan penyelamat sedang berusaha untuk memasuki lokasi nahas yang terletak di kawasan pergunungan berhampiran Telegraph Canyon. Setakat ini, tiada kecederaan disahkan.
-- BERNAMA-SPUTNIK RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial