DUNIA > BERITA

GEMPA BUMI BERMAGNITUD 6.2 GEGARKAN BARAT JEPUN, TIADA AMARAN TSUNAMI DIKELUARKAN

06/01/2026 12:01 PM

(mengolah semula headline) 

TOKYO, 6 Jan (Bernama-Kyodo) -- Satu gempa bumi dengan magnitud awal 6.2 melanda wilayah Shimane dan Tottori di barat Jepun pada Selasa, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi cuaca negara itu.

Menurut Kyodo News, gempa yang berlaku pada 10.18 pagi itu berpusat di timur Wilayah Shimane dengan bacaan skala intensiti seismik Jepun pada tahap "5-atas" daripada skala maksimum 7. Beberapa siri gegaran susulan turut dilaporkan, termasuk gempa bermagnitud 5.4 pada kira-kira 10.37 pagi.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa bumi awal itu dikesan pada kedalaman 10 kilometer.

Sementara itu, pengendali Chugoku Electric Power Co memaklumkan tiada sebarang keluarbiasaan dikesan di loji kuasa nuklear Shimane yang terletak di Matsue setakat ini.

-- BERNAMA-KYODO


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan