DUNIA > BERITA

SEORANG KRU MAUT SELEPAS KEBAKARAN DI ATAS KAPAL PERSIARAN MENUJU SINGAPURA

20/02/2026 12:29 PM

SINGAPURA, 20 Feb (Bernama) -- Seorang kru kapal persiaran berdaftar di Liberia, World Legacy maut selepas kebakaran berlaku di atas kapal itu ketika dalam perjalanan ke Singapura.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) memaklumkan bahawa kejadian berlaku kira-kira 4 pagi tadi dan kebakaran itu berjaya dikawal oleh kru kapal.

“Terdapat 388 kru di atas kapal itu, dan tiada seorang pun rakyat Singapura, manakala terdapat 224 penumpang, dengan 185 daripadanya adalah rakyat Singapura.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan kru dan penumpang lain,” menurut kenyataan itu.

Agensi berkenaan memaklumkan bahawa kapal itu berada dalam keadaan stabil dan kini berlabuh di Raffles Reserved Anchorage.

“Bot peronda MPA, Polis Pengawal Pantai dan Divisyen Marin Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang memberi bantuan kepada kapal berkenaan,” tambahnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan