PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 9 Mac (Bernama) -- Rusia telah menyediakan draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa penamatan segera tindakan ketenteraan di Asia Barat, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).
Dokumen yang diperoleh TASS itu menyatakan "kebimbangan mendalam terhadap peningkatan ketenteraan semasa di Timur Tengah dan sekitarnya, serta berkabung atas kehilangan nyawa yang tragis sepanjang permusuhan yang sedang berlaku di rantau itu."
Draf itu turut "menggesa semua pihak untuk menghentikan segera aktiviti ketenteraan mereka dan menahan diri daripada terus mencetuskan ketegangan di Timur Tengah dan wilayah luar."
Majlis Keselamatan juga "sangat menggalakkan semua pihak yang terlibat untuk kembali ke meja rundingan tanpa sebarang penangguhan dan memanfaatkan sepenuhnya saluran politik serta diplomatik."
Selain itu, dokumen berkenaan "menekankan kepentingan menjamin keselamatan semua negara di rantau Timur Tengah dan sekitarnya," menurut teks draf resolusi yang diperoleh TASS.
-- BERNAMA-TASS
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial