BEIJING, 27 Mac (Bernama-CMG) -- China sedia memperkukuh kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), memelihara sistem kawalan senjata nuklear antarabangsa dan menyumbang kepada keamanan dunia.
Menteri Luar China Wang Yi membuat kenyataan itu ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah IAEA, Rafael Mariano Grossi di sini pada Khamis.
Wang berkata, perang semakin merebak di Asia Barat dan kesan limpahan daripadanya berlaku dengan lebih cepat.
Jika kemudahan nuklear menjadi sasaran operasi ketenteraan, ia akan menjerumuskan rakyat di rantau berkenaan ke dalam situasi yang lebih parah.
Adalah perlu untuk mencegah konfrontasi daripada terus meningkat sehingga mencemari keamanan dunia dan kestabilan rantau, kata beliau.
IAEA memainkan peranan penting dalam tadbir urus nuklear global dan memikul tanggungjawab antarabangsa yang semakin menonjol, kata Wang sambil menambah China bersedia memperkasa kolaborasi dengan IAEA dan bersama-sama mengekalkan keamanan dunia.
Sementara itu, Grossi menyatakan kesediaan IAEA untuk meningkatkan komunikasi dan kerjasama dengan China berhubung isu-isu panas, penggunaan tenaga nuklear secara aman dan lain-lain, serta bersinergi menjaga sistem kawalan senjata nuklear.
– BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial