EKONOMI > BERITA

MALAYSIA AIRLINES LANCAR PENERBANGAN SULUNG KE BANDAR RAYA DA NANG

24/09/2024 08:48 PM

DA NANG (Vietnam), 24 Sept (Bernama-VNA) -- Penerbangan MH748 Malaysia Airlines, yang membawa 160 penumpang dari Kuala Lumpur, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang pada Selasa, menandakan penerbangan sulungnya di laluan Kuala Lumpur - Da Nang.

Laluan baharu itu yang beroperasi dengan kekerapan tujuh penerbangan seminggu, akan meningkatkan jumlah penerbangan antara bandar pusat Vietnam di Da Nang dan ibu negara Malaysia di Kuala Lumpur, kepada 28 penerbangan seminggu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Tan Van Vuong, Timbalan Pengarah Jabatan Pelancongan perbandaran, berkata Malaysia berada dalam kedudukan 10 teratas sumber pelancong antarabangsa ke Da Nang.

Beliau berkata bulan lepas, pemimpin bandar raya Da Nang membuat lawatan kerja ke Malaysia dan bertemu dengan wakil Malaysia Airlines untuk mempromosikan pelancongan pusat bandar dan laluan Kuala Lumpur-Da Nang.

Vuong menambah bahawa industri pelancongan bandar itu akan terus menyelaras dengan Malaysia Airlines untuk menganjurkan delegasi Famtrip, Presstrip dan KOLs (Key Opinion Leaders) untuk merasai pengalaman pelancongan Da Nang dan menyokong aktiviti komunikasi untuk mempromosikan pusat bandar Vietnam kepada pelancong Malaysia.

Menurut pegawai itu, dengan rangkaian penerbangannya yang luas di seluruh Asia, Eropah dan Oceania, meliputi hampir 1,000 destinasi di lebih 170 negara dan wilayah, Malaysia Airlines dijangka berfungsi sebagai jambatan untuk membantu Da Nang mengembangkan pasaran pelancongannya ke destinasi menarik di seluruh dunia.

-- BERNAMA-VNA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan