KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menerbitkan tranche ketujuh Sukuk Murabahah Subordinat bernilai RM250 juta di bawah Program Sukuk Murabahah RM10 bilionnya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya, Sukuk Murabahah dikategorikan sebagai modal kawal selia Aras Dua Bank Islam dalam mematuhi Rangka Kerja Kecukupan Modal bagi Institusi Perbankan Islam (Komponen Modal) oleh Bank Negara Malaysia
Oleh itu, sukuk dengan tempoh 10 tahun itu akan meningkatkan kecukupan modal Bank Islam sejajar dengan keperluan Basel III.
“Sukuk Murabahah yang akan ditebus balik pada nilai nominal penuh selepas tempoh matang, dilengkapi dengan pilihan pembelian pada ulang tahun kelima terbitannya dan diberi penarafan ‘A1/stabil’ oleh RAM Rating Services Bhd.
“Bank Islam adalah penasihat utama, penyusun utama, pengurus utama dan penasihat syariah bagi Program Sukuk Murabahah ini,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial