EKONOMI > BERITA

U MOBILE NAMAKAN EDGEPOINT SEBAGAI RAKAN KONGSI INFRASTRUKTUR 5G IBC

07/04/2025 12:24 PM

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Penyedia rangkaian 5G generasi hadapan Malaysia U Mobile Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman dengan syarikat infrastruktur telekomunikasi bebas utama yang berpangkalan di ASEAN EdgePoint Infrastructure Sdn Bhd untuk mempercepat pelancaran 5G yang akan datang oleh U Mobile di seluruh negara.

Dalam kenyataan bersama hari ini, katanya kerjasama terbaru ini akan menyaksikan EdgePoint akan menjadi antara rakan kongsi infrastruktur liputan dalam bangunan (IBC) 5G pilihan U Mobile.

“Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama rapat mengenai penggunaan 5G IBC serta menumpukan kepada pembangunan dan penggunaan penyelesaian yang paling sesuai yang disesuaikan untuk setiap tapak, meningkatkan prestasi rangkaian dan pengalaman pengguna.

"Selain itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk melaksanakan pelancaran yang berkesan dari segi kos dan pantas," katanya.

U Mobile berkata kerjasama ini bertujuan mempercepat pelancaran teknologi 5G, memastikan kesalinghubungan dan liputan yang lancar merentas lokasi utama dan pada masa sama menyelesaikan keperluan pengguna dan perniagaan yang semakin berkembang.

Kerjasama ini juga akan melibatkan penawaran penyelesaian untuk meningkatkan kesalinghubungan,  menghasilkan kelajuan data yang lebih pantas, kependaman ultra rendah dan pengintegrasian yang lancar bagi teknologi dan aplikasi termaju seperti kecerdasan buatan, bandar pintar dan sistem autonomi.

Selain itu, kedua-dua syarikat akan mengenal pasti peluang untuk pengembangan dan inovasi masa depan dalam penyelesaian 5G IBC.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan