KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan untuk meningkatkan perdagangan dua hala dengan New Zealand sebanyak 50 peratus dengan nilai anggaran berjumlah RM25.67 bilion menjelang 2030.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia menghargai rakan dagang seperti New Zealand terutamanya dalam ekonomi global yang tidak menentu.
Katanya kerjasama antara Malaysia dan New Zealand sudah lama terjalin, diperkukuhkan lagi dengan taraf Perkongsian Strategik sejak 2023 dan lawatan Perdana Menteri New Zealand tahun lepas.
“Untuk mencapai sasaran tersebut, Malaysia sedia bekerjasama rapat dengan New Zealand untuk meneroka peluang baharu terutamanya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, ekonomi digital dan tenaga boleh baharu.
“Sektor ini selaras dengan fokus kita dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030),” katanya menerusi hantaran di laman Instagram pada Rabu selepas menerima kunjungan Duta Besar New Zealand ke Malaysia Michael Wehi Mailetonga Walsh di sini.
Tengku Zafrul berkata kerjasama erat dalam inovasi dan teknologi berpotensi melonjakkan perdagangan Malaysia kepada tahap lebih tinggi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial