KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- LGMS Bhd, sebuah syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia yang memiliki kepakaran keselamatan siber berhasrat memperluaskan liputannya, justeru, akan bekerjasama dalam inisiatif keselamatan siber serantau dengan Antarex Holdings Sdn Bhd (AHSB) dan pemegang saham utamanya selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) di sini hari ini.
MOU itu menggariskan penyertaan ekuiti berpotensi LGMS dalam AHSB, bergantung kepada material yang saling menguntungkan, kata syarikat itu melalui satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.
Jika menjadi kenyataan, pelaburan strategik oleh LGMS dijangka mengukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat, kata LGMS.
Pengerusi LGMS Fong Choong Fook menggambarkan kerjasama strategik itu sebagai "amat sinergi", manakala Ketua Pegawai Eksekutif Antarex, Tan Pek Loon berkata kerjasama dengan LGMS akan meningkatkan keupayaan platform pertahanan siber Antarex yang agak inovatif.
Tawaran keselamatan siber LGMS berpotensi untuk menembusi pasaran pertumbuhan tinggi seperti Brunei, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Filipina.
"Memandangkan ancaman siber semakin berkembang pesat, sinergi antara platform StarsEntry LGMS dan suite platform pertahanan siber Antarex akan meletakkan kedua-dua syarikat di barisan hadapan pertahanan keselamatan siber serantau," katanya lagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial