EKONOMI > BERITA

MALAYSIA, ASIA PASIFIK BERPOTENSI PACU ANJAKAN TENAGA HJAU GLOBAL - TPM FADILLAH

10/04/2025 12:04 PM

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Malaysia dan rantau Asia Pasifik yang luas berpotensi besar untuk muncul sebagai peneraju global dalam revolusi tenaga bersih, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata ini termasuk pengembangan tenaga boleh baharu (TBB) yang menyaksikan Malaysia di landasan untuk menjadi kuasa tenaga solar berikutan lokasi strategiknya secara geografi, limpahan cahaya matahari serta tekad politik yang kukuh.

“Ini ditambah lagi dengan potensi besar Malaysia bagi tenaga biojisim dan pembangunan tenaga hidro.

“Kejayaan pelaksanaan ladang solar terapung dan projek solar berskala besar di serata negara juga memaparkan keupayaan Malaysia dalam memanfaatkan sumber tenaga bersih," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2025 di sini, hari ini.

Fadillah turut membangkitkan kepentingan Perjanjian Hijau Asia Pasifik (APG) yang juga strategi transformatif bertujuan memacu rantau ini ke arah masa depan rendah karbon dan lestari.

Ia juga berperanan sebagai rangka kerja panduan dalam memacu kerjasama rentas sempadan, mengoptimumkan sumber TBB dan meletakkan ASEAN sebagai peneraju yang mampu berdaya saing di peringkat global dari segi mampan.

Berpandukan pendekatan holistik yang menyepadukan pembangunan ekonomi dengan tanggungjawab alam sekitar, APG menyediakan pelan hala tuju untuk negara menyelaraskan dasar tenaga dengan komitmen iklim global.

“Bagi merealisasikannya, negara-negara di Asia Pasifik mesti bekerjasama secara kolektif dengan berkongsi amalan terbaik, membuat pelaburan dalam teknologi bersih dan membangunkan pasaran karbon serantau," katanya.

Fadillah berkata negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Vietnam juga dapat memanfaatkan potensi TBB masing-masing untuk mewujudkan sistem dagangan tenaga rentas sempadan manakala negara-negara maju di rantau itu seperti Jepun dan Australia dapat menyokong usaha pembangunan kapasiti dan kemajuan teknologi.

Sehubungan itu, katanya, perkongsian awam-swasta lebih kukuh dan kerjasama antarabangsa adalah penting dalam usaha meraih pembiayaan dan kepakaran diperlukan untuk mempercepat peralihan itu.

Sejajar peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, Fadillah berkata negara ini komited untuk meningkatkan peranan perkumpulan itu dalam peralihan tenaga global dengan memupuk integrasi serantau, inovasi dan pelaburan tenaga bersih yang lebih kukuh.

“Di bawah peranan Malaysia sebagai pengerusi, ASEAN akan memperhebatkan usaha menghubungkan sempadan melalui inisiatif tenaga yang diselaras, memanfaatkan kekuatan kolektif untuk membina ekosistem tenaga yang berdaya tahan dan saling berkaitan.

“Menerusi usaha seperti mesyuarat strategik, dialog dasar dan perkongsian pelbagai sektor, Malaysia menerajui ASEAN dalam membangunkan penyelesaian kolaboratif yang mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan tanggungjawab alam sekitar," katanya.

-- BERNAMA

BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan