EKONOMI > BERITA

BANK SAMBUT BAIK KEMUDAHAN BANTU PERUSAHAAN KECIL PERLUAS PERNIAGAAN, PERKUKUH DAYA TAHAN

10/10/2025 10:38 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengumuman mengenai jaminan pembiayaan, insentif keusahawanan dan program pendigitalan untuk perusahaan kecil dalam Belanjawan 2026 akan membolehkan mereka meningkatkan skala operasi dan memperkukuh daya tahan, menurut bank.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Banking Group Datuk Mohd Rashid Mohamad berkata sokongan kerajaan yang berterusan diperkukuhkan lagi dengan peningkatan jaminan kerajaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) untuk pembiayaan rumah dan pembiayaan perniagaan.

“Langkah ini selaras dengan komitmen RHB untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan dan sokongan nasihat untuk perniagaan yang dipacu pertumbuhan,” katanya dalam kenyataan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Bhd Tan Sri Tay Ah Lek berkata pihaknya mengalu-alukan tumpuan berterusan kerajaan terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan memperuntukkan lebih RM20 bilion untuk pembiayaan dan jaminan.

Katanya bank tersebut menyokong sepenuhnya usaha kerajaan membina legasi negara untuk memulihara alam sekitar pada masa depan.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM3 bilion kepada Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bagi menggalakkan pelaburan swasta dalam tenaga solar, hidrogen dan biotenaga manakala Takrif Tenaga Hijau akan diperluas membolehkan pembeli korporat memperoleh tenaga boleh baharu yang diperakui. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan