KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) telah mengesahkan bahawa ia tidak akan membiayai mana-mana projek penjanaan tenaga nuklear di bawah dasar tenaga semasanya.
Ketua Pengarah Jabatan Asia Tenggara ADB Winfried F Wicklein berkata ini kerana rangka kerja sedia ada bank tersebut tidak membenarkan pembiayaan untuk inisiatif tenaga nuklear.
Bagaimanapun, Wicklein mengakui minat yang semakin meningkat dalam kalangan beberapa negara anggota ASEAN untuk meneroka tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada strategi tenaga jangka panjang mereka.
“Setakat ini, dasar tenaga kami yang tidak membenarkan kami untuk membiayai tenaga nuklear.
“Kami menyedari permintaan yang semakin meningkat dan penerokaan terhadap nuklear sebagai pilihan di rantau ini, dan kami mengikuti perkembangan itu dengan penuh minat, tetapi kami tidak terlibat secara langsung pada peringkat ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 di sini hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial