KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Penglibatan dan sokongan institusi kewangan penting untuk memastikan kejayaan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Industri Keluli Malaysia 2035 (SIR2035) khususnya dalam memudahkan peralihan hijau industri keluli.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata industri keluli yang kekal sebagai tulang belakang ekosistem perindustrian Malaysia menyediakan bahan mentah penting untuk sektor pembinaan, automotif, jentera, infrastruktur dan pembuatan.
“Bagaimanapun, industri ini telah lama mengalami tekanan disebabkan pelbagai cabaran struktur dan pasaran.
“SIR2035, yang dilancarkan pada 29 September oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menyediakan hala tuju yang jelas untuk memperkukuh daya tahan kewangan serta kelestarian alam sekitar industri tersebut,” katanya ketika berucap dalam sesi dialog bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan pemain industri keluli, pada Jumaat.
Liew turut mengucapkan terima kasih kepada Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan pasukannya kerana menganjurkan pertemuan yang menjadi platform libat urus bermakna antara industri keluli dan institusi perbankan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial