KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Jabatan Perdana Menteri hari ini menerima kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) hidrogen Toyota Mirai daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, menandakan langkah penting dalam memperkukuh agenda negara ke arah mobiliti hijau melalui teknologi rendah karbon serta pertumbuhan ekonomi bagi masa depan lebih mapan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu mencerminkan keyakinan rakan industri tempatan dan antarabangsa terhadap dasar serta hala tuju Malaysia khususnya dalam membangunkan ekosistem hidrogen negara.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata penyerahan kenderaan itu juga akan merancakkan kerjasama rentas sempadan dan memacu inovasi automotif di seluruh Asia Tenggara.
“Kerajaan MADANI akan terus menerajui peralihan serantau ke arah mobiliti hijau dan pintar dalam memastikan Malaysia bukan sahaja bersedia menghadapi keperluan masa depan, tetapi turut menjadi peneraju dalam membentuk landskap mobiliti yang lebih bersih, selamat dan mampan untuk generasi akan datang,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial