KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit Malaysia (MSM) merosot 5.30 peratus dari bulan ke bulan kepada 1.94 juta tan pada November 2025 berbanding 2.04 juta tan yang dicatatkan semasa Oktober 2025, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Eksport minyak kelapa sawit turun 28.13 peratus kepada 1.21 juta tan daripada 1.69 juta tan, kata MPOB dalam laporan November, Prestasi Industri Minyak Sawit Malaysia.
Output isirong sawit pula jatuh 7.43 peratus dari bulan ke bulan kepada 442,266 tan.
Pengeluaran minyak isirong sawit mentah turun 1.35 peratus kepada 207,679 tan, manakala output kek isirong sawit menyusut 1.92 peratus kepada 225,357 tan.
Inventori MSM naik 17.56 peratus kepada 1.74 juta tan pada November, manakala inventori minyak sawit diproses mengukuh sebanyak 6.50 peratus kepada 1.09 juta tan.
"Ini membawa jumlah inventori minyak sawit menjadi lebih tinggi sebanyak 13.04 peratus kepada 2.83 juta tan pada November daripada 2.51 juta tan yang disaksikan pada Oktober," kata MPOB.
Eksport minyak isirong kelapa sawit pula melemah sebanyak 13.20 peratus kepada 87,287 tan, manakala eksport kek isirong sawit mencatatkan kenaikan 5.02 peratus dari bulan ke bulan kepada 228,080 tan.
Eksport oleokimia berkurangan 20.13 peratus dari bulan ke bulan kepada 203,325 tan tetapi eksport biodiesel melonjak 104.79 peratus kepada 47,059 tan.
"Import MSM pada November adalah sifar manakala jumlah import minyak sawit merosot 61.30 peratus dari bulan ke bulan kepada 3,365 tan berbanding 8,695 tan yang dicatatkan pada Oktober," tambahnya lagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial