KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd telah menerbitkan Sukuk Kanan ke-11 bertempoh lima tahun hari ini dengan jumlah nominal RM200 juta.
Penerbitan Sukuk Kanan ini adalah sejajar dengan Program Sukuk Wakalah RM5 bilion yang dikeluarkan sebelumnya.
AEON Credit melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata hasil daripada terbitan Sukuk Kanan itu akan digunakan untuk membiayai pengeluaran pelanggan dalam urusan biasa perniagaan yang menyediakan pengguna, pembiayaan berdasarkan prinsip Syariah.
"Ia juga akan digunakan bagi membiayai semula mana-mana pinjaman/pembiayaan sedia ada syarikat atau mana-mana sukuk yang dikeluarkan oleh syarikat itu.
"Semua penggunaan hasil di bawah Program Sukuk Wakalah hendaklah patuh Syariah," katanya lagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial