EKONOMI > BERITA

RIZAB ANTARABANGSA BNM MENINGKAT KEPADA US$124.3 BILION SETAKAT 15 DIS

22/12/2025 04:09 PM

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$124.3 bilion setakat 15 Dis, 2025.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan merupakan 0.9 kali ganda jumlah hutang luar jangka pendek.

“Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (US$109.9 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$4.8 bilion), dan aset rizab lain (US$2.3 bilion),” katanya.

Jumlah aset berjumlah RM610.57 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM523.37 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.42 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM905.07 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM28.28 bilion), tanah, bangunan dan aset tetap lain (RM4.57 bilion), dan aset lain (RM40.02 bilion).

“Jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM610.57 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM204.29 bilion), mata wang dalam edaran (RM175 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM110.97 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13.84 bilion), deposit lain (RM65.55 bilion), kertas Bank Negara (RM9.34 bilion), peruntukan SDR (RM27.88 bilion), dan liabiliti lain (RM3.61 bilion),” katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan