KUALA LUMPUR, 1April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) terus menambahbaik infrastruktur teknologinya, kawalan keselamatan siber, dan proses operasi bagi memperkukuh daya tahan sistem serta melindungi maklumat pelanggan.
Terdahulu, hari ini, Bank Negara Malaysia mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Rakyat susulan pelanggaran melibatkan keselamatan siber dan perlindungan maklumat pelanggan pada 20 Januari 2026.
Bagaimanapun, Bank Rakyat mengesahkan bahawa perkara itu sudah ditangani dan tindakan pemulihan sewajarnya telah dilaksanakan berikutan notis awam mengenai AMP yang melibatkan insiden keselamatan siber pada 2024.
“Usaha ini merangkumi pengukuhan dalam keupayaan pemantauan, pengesanan ancaman dan pengawasan tadbir urus, selaras dengan jangkaan tadbir urus dan amalan industri,” kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Bank Rakyat turut menekankan bahawa ia kekal komited untuk memastikan persekitaran perbankan yang selamat dan boleh dipercayai bagi semua pelanggannya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial