PEKERJA KONTRAK DITEMUKAN MAUT DENGAN KESAN TIKAMAN, TETAKAN

22/09/2024 05:45 PM

SUNGAI PETANI, 22 Sept (Bernama) -- Seorang pekerja kontrak warga Myanmar ditemukan maut dengan kesan tikaman dan tetakan pada badannya di sebuah tapak projek perumahan di Bandar Puteri Jaya dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Wan Azharuddin Wan Ismail berkata mangsa berusia lingkungan 30-an itu dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan.

"Mangsa ditikam pada bahagian rusuk kiri dan ditetak di lengan kiri menyebabkannya mengalami cedera parah.

"Pergaduhan dipercayai bukan disebabkan mabuk kerana tiada botol arak di lokasi kejadian. Mangsa dibunuh di dalam sebuah rumah dan ditemukan dalam keadaan berlumuran darah," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata seorang rakan mangsa yang juga saksi kejadian menghilangkan diri dan sedang diburu bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan