POLIS DAN JAIPK KERJASAMA BANTERAS KEGIATAN AJARAN SESAT DI PERAK

30/09/2024 02:22 PM

IPOH, 30 Sept (Bernama) -- Polis akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIPk) dalam usaha membanteras kegiatan beberapa ajaran sesat yang dikesan di negeri ini, kata Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran ajaran sesat itu, namun dari segi langkah penguatkuasaan pihaknya perlu merujuk kepada JAIPk terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Kita perlu rujuk dengan JAIPk kerana perkara itu terletak di bawah bidang tugas mereka. Buat masa ini belum masa untuk kita bertindak, kita tunggu dan lihat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Advokasi Kesederan Keselamatan Jalan Raya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Mohd Taib, Chemor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa dirujuk mengenai kenyataan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad beberapa hari lepas yang memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah mengesan beberapa ajaran sesat yang beroperasi di daerah tertentu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan