WARGA EMAS MAUT MELECUR 90 PERATUS, KERETA DIPANDU TERBAKAR

05/10/2024 06:37 PM

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas maut selepas melecur 90 peratus apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya terbakar dalam kejadian di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.39 petang sebelum lapan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba menemukan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 80-an tidak jauh daripada kenderaan yang terbakar.

“Tubuh mangsa dianggarkan melecur 90 peratus dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Ahmad Mukhlis berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut dan setakat ini siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca kenderaan tersebut terbakar.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan