LELAKI MAUT KERETA TERJUNAM DALAM SUNGAI DI POKOK SENA

03/10/2024 02:56 PM

ALOR SETAR, 3 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Santap di Kampung Baru Telaga Mas dekat Pokok Sena hari ini. 

Ketua Zon I Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminduddin Abd Rahim berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Noor Fadzli Mustafa, 25, dari Jalan Sanglang, Kodiang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.25 pagi.

"Bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian dan mendapati sebuah kereta terbabas ke dalam sungai dan terdapat seorang mangsa di dalam kenderaan berkenaan.

"Mangsa berjaya dibawa keluar dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan