WANITA KERUGIAN RM3,000 SELEPAS RANTAI DIRAGUT

24/10/2024 03:45 PM

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Seorang wanita mengalami kerugian RM3,000 selepas menjadi mangsa ragut dalam kejadian di laluan kaki lima berhampiran kedai buah-buahan di Taman Universiti Indah dekat Seri Kembangan, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata seutas rantai berloket milik wanita berusia 37 tahun diragut oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna biru berpakaian sebagai penghantar makanan seperti yang dipaparkan dalam satu video yang tular di media sosial.

“Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam kes itu dan sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan