PERHIMPUNAN DI TELUK INTAN SEMALAM TIDAK DIMAKLUM KEPADA POLIS - KETUA POLIS PERAK

27/10/2024 12:43 PM

IPOH, 27 Okt (Bernama) -- Polis sedang menjalankan sisatan berhubung satu perhimpunan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Menara Condong, Teluk Intan semalam, kata Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris.

Beliau berkata pihak yang berkaitan tidak memaklumkan kepada polis mengenai penganjuran perhimpunan itu.

Sehubungan itu, beliau berkata polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, dan perintah untuk siasat (OTI) akan dipohon bagi tujuan siasatan lanjut. 

“Pihak yang terlibat akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kira-kira 400 orang berkumpul di Dataran Menara Condong sempena Himpunan Kibarkan Jalur Gemilang. Perhimpunan itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Perak (Razman Zakaria),” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan